Kawan Kawan

Tuesday 1 November 2011

Hoiiii remaja ! berubah boleh ??

holaa . harini aku ada ssomething nak kongsi . korang mesti selalu dengar or  terbaca artikel or else pasal remaja zaman sekarang kan?  huiihhh . remaja zaman sekarang  memang tak boleh dikawal lg kesosialan diorang uh baik lelaki  atau pun pompuan . perangai cam hape daa . dorunk jugak da tak hormati parents diorang lagi da . langsung ta dengar nasehat orang tua neh . haiyooo , g2 la kalo da bertuhankan nafsu semata mata . kann? diantara krisis akhlak dan moral yang kian menular , merebak , mengganas di negara kita kini ialah buang bayi , bosia , mat rempit , gengster , vandalism , penagihan dadah . dan sebagainye .


buang bayi . 


penagihan dadah.


mat rempit .

Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya mungkin menyebabkan si remaja bermasaalah . hoiii . berubah lah remaja . 

cara nak mengatasi :
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. 
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.


sekiann .

0 comments:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment:
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment